Sunday, May 23, 2010

Kasih & Pengorbanan Seorang Insan yang Ku Panggil AYAH..



Ini adalah kisah aku bersama adik beraik yang lain. Aku anak ketiga dari lima beradik.. Kami sangat beruntung sebab mendapat seorang ayah yang sangat penyayang, baik, caring dan sangat bertanggungjawab. Aku pasti ramai yang lain pun ada ayah yang hebat kan? apepun aku nak berkongsi kisah tentang insan yang sangat aku sanjung iaitu AYAH.

Untuk pengetahuan semua ayah aku bukanlah berpangkat orangnya. Di Pejabat ayah hanya insan biasa Tapi di Kawasan Rumah dan di surau terutamanya ayah adalah antara orang terpenting.

Terlalu banyak pengorbanan yang ayah lakukan untuk kami lima beradik. Mak selalu bercerita masa kami masih bersekolah rendah gaji ayah hanya RM 500, tapi dengan pendapatan sebanyak itu boleh menaggung kami 7 beranak.. Mak aku tak bekerja masa tu. jadi hanya ayah sajalah sumber kewangan keluarga.

Alhamdulillah berkat ketekunan dan kasih sayang MAk & Ayh kami 5 Beradik bak kata pepatah, menjadi.. ke empat2 dari kami semuanya berjaya dalam pendidikan dan mempunyai kerjaya yang baik. Cuma tinggal adik Boungsu aku Wawan yang sedang menuntut di ADTEC Melaka. Itu pun adik aku ni walaupun x belajr di Universiti tapi dia merupakan salah seorang calon tajaan yang akan melanjutkan pelajaran di Scotland untuk 6 Bulan. Jadi mak dan Ayah sangat bangga dengan pencapaian setiap anak-anaknya.

Bila terkenag kembali sewaktu zaman persekolahan, Jasa Ayah takan dilupakan.. Semasa Aku kecil di dalam darjah 1 aku bersekolah di Sek Keb Segambut. Masa tu aku ingat lagi ada banjir besar kat KL tahun 1989 aku ngan abang bersekolah di sekolah yang sama. Semasa pulang dari sekolah Ayah mendukung aku diatas bahunya dan memegang erat tangan abang sama-sama mengharungi banjir dasyat. Aku ingat lagi banjir tu sehingga paras dada ayah.. ayah bersusuh payah mendukung aku dan mengangkat abang yang pada waktu itu darjah 5, untuk mengharungi air yang deras itu..

Tidak cukup dengan itu, sewaktu kami semua masih bersekolah ayah terpaksa berulang alik dari pejabat yang berada di Salak Selatan pulang ke Kepongsetiap hari (bayangkan betapa jauh pejalanan tu) untuk memastikan kami semua telah bersiap dan menghantar kami kesekolah. Setelah selesai menghatar kami, Ayah amik Kak long balik dari sekolah menengah dan barulah ayah kembali ke pejabat. Sebelah petang pula ayah akan jemput aku dan abang pulang dari sekolah. kiranya sepanjang hayat ayah semuanya hanya diatas motor di jalan raya. Disebabkan oleh itu Ayah telah banyak kali terlibat dalam kemalangan Jalan Raya. Aku ingat lagi ada 2 kali yang Ayah di langgar lari oleh org yang tidak bertanggungjawab, tapi ayah tak penah serik menunggang motor. Kemalangan yang paling dasyat ialah hingga menyebabkan ayah terpaksa masuk hospital sebab tulang kering ayah bengkak dan hampir patah, manakala tangan ayah sebelah kanan seperti tersiat jatuh diatas jalan tar, kami memang sangat bersedih jika setiap kali ayah terlibat dalam kemalangan. Namun semangatnya begitu kuat hingga ayah tidak pernah takut untu menunggang motor lagi.

Selepas kerja siang ayah berkerja malam menjadi pengawal di rumah seorang Datuk ayah berhidmat disana selama 25 Tahun.. Boleh anda bayangkan tak macam mane dan bila masa untuk Ayah saya tidur? siang bekerja sebagai madur Di JKR Wilayah dan pada sebelah malamnya menjadi pengawal di rumah Datuk. Sehinggakan ayah tidak boleh tidur seperti semua orang iaitu dalam keadaan berbaring. Ayah hanya boleh lena tidur duduk.. SUBAHANALLAH.. sampai macam tu sekali penderitaan yang ayah harus tanggung untuk membesarkan kami lima beradik.. MAna taknya 25 Tahun setiap malam tidur di atas kerusi yang hanya ditemani oleh meja dan sebuah lampu nion. Hal ini berterusan sehingga kami semua meningkat ke sekolah menengah. Walaupun begitu ayah tidak pernah meninggalkan tanggungjawabnya sebagai hamba AllAh, Se sibuk2 ayah, ayah masih ada masa untuk berjemaah disurau terutamanya Solat SUBUH, MAGHRIB dan ISYAK.YAallah aku sangat beruntung dan bangga mempunyai seorang ayah yang sangat penyabar dan penyayang.

Di sebelah pagi, selepas pulang dari kerja malam lebih kurang jam 5.30 pagi, ayah akan terus mandi dan bersiap untuk bersolat jemaah disurau. Selepas Solat lebih Kurang Jam 6.30 Pagi ayah terus pulang kerumah dan memastikan kereta yang ayah baru beli siap dilap dan disirap dengan air yang terkena embun pagi, ini bukanlah sebab ayah sayangkan kereta yang baru dibeli, tapi untuk memastikan kakak aku memandunya dalam keadaan baik dan selamat untuk ke tempat kerjanya. Ayah akan hidupkan Enjin dan lap cermin depan, belakang dan side mirror yang dilitupi oleh embun. Setelah kalong pergi mengajar ke sekolah, ayah menghantar aku ke sekolah menengah. setelah itu baru ayah akan ke pejabat. Apabila Mak telah mula bekerja kerana kami semua semakin dewasa dan kos pelajaran semakin mendesak mak terpaksa membantu ayah bekerja di salah sebuah Kilang di kepong. Sewaktu itu kaklong baru bekerja, abang aku masih menuntut di maktab perguruan pulau pinang, aku di tingkatan 3, adik lelaki aku di tingkatan 1 dan yang bongsu didalam darjah 4, ayah lah yang memikul tanggungjawab menyediakan makan tengahari bagi kami yang bersekolah dan kalu ayah pulang beli barang dapur di Chow kit ayah akan bantu mak Siang Ikan, ayam dan daging siap2 bagi memudahkan kerja mak memasak di waktu petang. Perkara ini berterusan hingga kami semua tamat belajar dan mula bekerja.

Bukan tak pernah kami melarang ayah dari melayan kami seperti itu, tapi itu adalah salah satu bukti kasih sayang, pengorbanan yang ayah lakukan untuk kami. Aku lihat ayah memang sayangkan setiap dari kami semua, terutama sekali mak sebab wlaupun ayah aku penat bekerja siang dan malm ayah tetap ada masa membantu ibu memask, membasuh dan menyidai kain. Walaupun telah beberapa kali mak larang ayah membantunya.. bagi mak, mak taknak jiran2 nampak ayah tolong mak nanti orang kata mak Queen control plak, sedang kan memang itulah sifat ayah yang sanyat penyayang dan bertimbang rasa. Mungkin jauh disudut hati ayah kesiankan mak sebab mak terpaksa membantunya bersusah payah mencari rezeki bagi membantu ekonomi keluarga, kerana dgn hanya pendapatan ayah tak mampu untuk menaggung kos sara hidup di Kula Lumpur yang semakin hari semakin meningkat. Itulah sebab ayah suka tolong mak. Sikap rajin ayah ni sedikit sebanyak mengajar pakcik2 jiran kawasan rumah tiru macam ayah.. hehehehe ayah jadi contoh kat kawasan rumah aku di sebabkab kerajinan, kasih sayang dan tanggungjawabnya terhadap keluarga dan anak-anak.

Masa Aku dapat Masuk Universiti di Universiti Malaya ayah orang yang paling gembira, kerana dalam keluarga akulah oarang pertama yang masuk UNiversiti walaupun bukan belajar kat oversea tapi akhirnya aku berjaya jejakan kaki ke menara gading. Masa tu ayah la yang bawak aku atas motonya pergi buat medical check up, pegi hantar surat jawapan tawaran belajar dan macam2 lagi. Apabila Tamat Universiti aku mendapat tawaran kerja disalah sebuah bank di Bikit Bintang, Ayahlah yang hantar aku pegi temuduga malah bukan aku sorang malah semua adik beradik kalu nak pegi temuduga ayah yang akan hantar naik motornya.

Sikap ayah yang penyabar, penyayang dan bertanggungjawab tu telah berjaya membentuk abang ipar dan suamiku untuk menjadi seorang suami yang sangat bertanggungjawab. Bukan aku nak bangga, ayah apabila tetamu datang selain dari melayan tetamu ayah akan sama didapur tolong mak ape2 yang patut. Itulah yang dicontohi oleh abng ipar dan suami ku kerana bagi mereka tidak ada ayah mertua sebaik dan sepenyayang ayah yang mereka penah jumpa.. sebab ayah akan buat memberikan layanan yang sama kepada menantu2nya sama seperti dia layan anak2nya sendiri. Sehinggakan abang ipar aku naik malu bila ayah yang membasuh kereta siap vaccum sehingga bersih.

Ayah sanggup korbankan kesenangan dan keselesaannya demi membesarkan kami adik-beradik, disebabkan pengorbanan dan kasih sayang ayah itulah yang menyebabkan ikatan kekeluargaan kami sangat akrab. Kalau anda semua tengok wajah ayah mesti anda akan tenang dan tersnyum melihat wajahnya.

Apapun saya sayang ayah.. tida tandingan yang lain selain darimu... Terima Kasih AYAH.

DPLI Interview 21st May 2010

The interviewed was below of my expectation..I felt something wrong with me after i went for DPLI Interview. i just din't know Why and what was wrong with me.. mmmm it's maybe becoz of the interview.. the interviewed was in University of Malaya at Education Faculty.. (there where i was studied before but i was in Language & Linguistics Faculty) the interviewed was conducted by 3 Panels. My field is English. so in future insyaallah i'll be English teacher at secondary school.( if i'm being selected )

i still remembered the interview was only about 15 Minutes.. i expected they will ask about current issues especially in education but it was out of my expectation when they conducted the interview in Malay... and they din't ask at all about those things that i've prepared. For sure the preparations i made was tremendously a lot and i read alot of things NKRA, High Performance school, the problem of english language in education, The PPSMI, the challange of teachers today etc.

however, none of these issues were being asked.. and when they started the interviewed i can't really connected with the session coz i've prepared everything in english and out of the blue they asked in MALAY... i din't say i can't speak MALAY well but you'll know when u r in my shoe..

The First question they asked was, Terangkan sedikit mengenai latar belakang anda.. when i heard the first word out of the panel i started to stumble.. i replied "Selamat Tengahari.. nama sya.., Umur.., status..,latarbelakar pelajaran..," then second Question was.. "Kenapa anda nak tukar bidang kerjaya dari construction ke education?" i replied " saya Memang sangat minat bidang pendidikan kerana...., third question was " Boleh tunjukan demo mengajar pada kami ?" i wanted to teach them about Phrasal verbs since i knew that i'll be teaching secondary school so i started with " Good Afteroon Class today we're going to learn about Phrasal verbs.."
Then the interviewer interupted me "sorry Miss, we just want to know about Past tense and past perfect.." i suddenly stopped and change the title that i've wrote at the white board.. i explained to them between the two past tense grammar.. and the last question were being asked was " guru-guru akan menghadapi satu cabaran yang hebat berhadapan dengan para pelajar yang terdedah dengan internet apa pendapat anda?.. I replied.. Memang tidak dinafikan bahawa para guru... after i made the conclusion the third panel asked.." do u have question to ask?" thus i the the opprtunity to ask about when can i check the result of the interview, and what are the other process that i need to take? she mentioned the result will be in middle of June 2010 and if i being selected i just have to wait for the registration at UPM. hance i knew that there is nothing else that i need to do.. so i just need to wait for the result..

That was my experience during the inetrview.. i not really satisfied with the session. For me i expected something higher then what i 've went through.. becoz of that i felt something wrong with me.. either becoz of the interview was being conduct in Malay or becoz of the questions.. For me i think i din't do it well if i could back to the time i would like to attent it again.. Anyway i really hope that i could pass the interview with flying colours, and i believe that what ever things happened must have a reason.

Apa pun saya tetap bersyukur yang semuanya telah berjalan lancar, dan interview tersebut lebih relax dan casual like a normal chat.. cuma ianya bukanlah seperti yang saya bayangkan.. walauapapun saya tetap mengharapkan kejayaan di hujungya.

Ya ALLAh aku Bertawakal & Berserah kepada mu... AMIN.

Thursday, May 13, 2010

Farewell

Semalam kami bebudak PA's buat majlis farewell untuk one of the KPPK kat CPPT ni, Sr. zainab Ahmad. Pejam Celik-pejam celik dah 2 tahun aku keje kat Cawangan ni. Rase macam cepat je masa berlalu.. hhheee ( aku tersenyum sendiri) bile mengingatkan pengalaman pertama aku semasa melapor diri pada Pn. Zainab..


Mase memula lapor diri nervous la jugak bila pertama kali jejak kaki kat cni. Masuk je bilik Pn. Zainab untuk lapor diri aku terpandang sorang perempuan tgh dok discuss ngan Puan.. mase aku perkenal kan diri kakak tu dok je kat situ x bergerak, then puan tanye ' you nak lapor diri?' aku pn jawab ringkas 'Ya'. Then Puan pun terus cakap 'perkenalkan ini salah sorang dari unit kita...Sharina' aku pun berjabat la tgn ngan kakak tu.. pas tu aku pun buka la mulut menerangkan status aku yang dah berbadan dua... masa tu aku baru mengandung dua bulan.. kiranya x nampak sgtlah perut aku tu.. tetibe puan menjerit kecil... 'Alamak... nampak gayanya tahun ni saya menyambut cucu je la jawabnya... 'heheh aku tersenyum je .. then puan xplain yang kak ina and ada sorang lagi unit aku Izan pun Pregnant jgk.


hehehe kalu nak diceritakan dok bawah unit Modal Informasi ni memang bz gile.. then puan plak jenis orang yang agak tegas.. bayangkan lah memang x menang tangan nak buat keje.. tapi aku bersyukur sebab dapat bos macam puan zainab.. sb walaupun dia tegas tapi dia sporting.. n dia pun mesra dengan kami anak-anak buah di bawah selian dia...


Aku sempatlah berkhidmat untuk puan selama 7 bulan, walaupun masa tu sangat singkat tapi aku dapat belajar banyak bende ngan puan dan unit ni.. yea la aku ni zero bab2 teknikal ni.. sb background aku Language.. mane la nak same.. Bz2 puan pun dia sempatlah bertanya keadaan aku ngan baby yang aku kandung ni...


Tapi aku sgt sedih bile salah sorang unit aku Izan dia n minta tukar tempat bertugas ke Putrajaya.. untuk dia senang g keje ngan husband dia bile dah abis bersalin nanti.. izan mengandung 5 bulan lebih awal dari aku.. dia sama ngn kak ina.. dorang neck to neck la tu.. sape bersalin dulu.. selang beberapa bulan lepas tu kak dilla pegawai atasan aku dapat nak pangkat dan titugaskan di bawah JPM... mmmm sorang-sorang keluar meninggalkan kitorang.. memang sedih sangat mase tu...


Aku terpaksa di tempatkan ke unit lain sebab aku cuti bersalin 2 bulan, so puan xde choice terpaksa amik PA lain untuk cover tempat aku selama aku bercuti.. almaklumlah unit Puan memang Bz, kalu dulu aku nak kuar g kencing pun pk seratus kali nak tinggalkan tempat, inikan pulak nak g makan.. selalu aku memang terpaksa miss breakfast.. masuk2 je dah memang ada keje yang menati, bayangkan ATDA, Panggilan Meeting, jawab phone call, g Hq, update surat turun kuasa, edar surat-menyurat, terima dan hantar dokumen kontrak dan semua keje-keje office aku nak kene settlekan.. haaa dapat bayngkan x dalam keadaan perut aku yang tengah memboyot tu.. aku tetap aktif bergerak menyiapkan keje yang diberikan. kalu xde assistant memang susahla puan...


Teringat aku mase ada staf baru nak lapor diri dalam unit kitorang.. kakak ni memang mesra sgt.. kebetulan pulak dia mengandung sama ngan aku.. kandungan dia awal 2 minggu je dari aku.. so bayangkan lah memane kitorang g mesti berdua.. katmane ade kat yus mesti ada aku.. kat mane ade aku mesti ada kak yus... kiranya aku ni memang kamcing la ngan akak ni, orang nye ramah, kelakar, humble dan sngt baik... ade satu hari tu.. aku terpakse hantar 8 dokumen kontrak ke bangunan TIMA. Bangunan ni belakang je dari bangunan Office aku je Maju Junction. Puan tugaskan aku soh anta balik dokumen kontrak yang dah siap KP sign.. Aku mintak tolong driver antakan.. tapi dia kate dia penat baru balik anta puan dari meeting.. aku pun senyap je laaaaa... nak tak nak aku kene la anta sendiri guna troli.. huhhh memang mencabar. Tapi, aku bernasib baik sb kak yus ada menolong aku.. bayang kan 2 org mak buyung (mase tu aku mengandung 8 bulan sama ngan kak yus)tolak troli yang ada 8 dokumen kontrak memang berat gile... yang kelakarnya tolak sikit je dokumen tu jatuhla.. senget laa.. tapi banyak kali la dokumen tu tergolek kebawah... mane taknye bangunan tu memang la dekat tapi dengan jalan tar yang dah menggerutu, n jalan yg senget2 sb ada construction sebelah office aku tu.. so jalan ada yang mendap sikit.. sepanjang menolak troli tu aku ngan kak yus asyik ketawa je bila dokumen tu tergolek jatuh... hehehheeheehe


Tapi tu semua dah tinggal kenangan, 17 Mei 2010 Puan zainab pulak yang akan bertukar ke Cawangan Pengurusan Korporat . Dia dinaikan pangkat ke JUSA.. Puan akan jaga projek Hidro Bakun, Sarawak.. Walaupun aku dah bertukar ke unit lain tapi aku masih dapat jumpa puan dan kawan2 dari unit lama kau sb aku cume tukar bilik sebelah je bilik lame aku..


Semalam kitorang buat Farewell untuk puan, x sangka aku puan akan bertugas ke tempat lain.. aku ingatkan aku yang akan meninggalkan Puan dan kawan2 yang lain sb aku kat cni kontrak under kontraktor fasilitiies for JKR. So aku memang dah banyak kali g xam dan interview untuk dapat kj tetap.. dan sekarang aku dalam proses nak g interview DPLI sbgai guru... Aku ingat aku yang akan keluar dari cawangan ni mengikut jejak langkah Izan, Kak dilla dan shida tapi rupanya puan yang akan keluar dulu tinggalkan kami semua..


Perasaan sedih menjelme bile puan memberi sepatah dua kata semalam.. aku ngan bebudak PA yang lain yang organize party tu.. alhamdulillah semua berjalan lancar dan selesai dengan selamat. Arini hari terakhir puan di Cawangan ni... tapi ape pun aku akan sentiasa doakan agar puan sihat dan lebih dimurahkan rezeki hendaknya.


Ada beberapa gambar kenangan semalam.. nanti aku post kan ek..